SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
BERHEMAH INTELEK DEDIKASI

PENGENALAN

Sejarah Sekolah

Lagu Sekolah

Moto, Visi & Misi

Takwim Tahunan

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

 

 

Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor telah diserahkan secara rasmi kepada Jabatan Pendidikan Selangor pada 28.12.2002. Majlis penyerahan telah ditandatangani oleh Encik Hamsan B. Saom wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan disaksikan oleh Tuan Haji Rajli B. Sukri wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat beserta dengan Puan Shahrulriah Bt. Sahar dan Encik Razlee B. Mohamad wakil dari Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang, Selangor. Sekolah ini terletak kira-kira 5km dari Bandar Kajang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang adalah sempena mengambil kawasan perumahan di sini. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 10 ekar. Sekolah yang mempunyai 4 buah blok bangunan berangkai ini boleh memuatkan seramai 1350 orang murid dengan bilangan bilik darjah 30 buah bilik.

Sesi awal persekolahan bermula pada 6 Januari 2003 dengan bilangan kelas yang dibuka sebanyak 13 buah, 480 orang murid dan 25 orang guru. Pengurusan sekolah pada awalnya dikendalikan oleh Puan Shahrulriah Bt. Sahar ( Penolong Kanan Pengurusan ). Pada bulan Mac urusan pentadbiran sekolah ini dipimpin oleh Encik Razlee B. Mohamad ( GPK HEM ) kerana GPK Pengurusan bertukar ke sekolah lain.

Pada 17 Jun 2003, Puan Salbiah Bt. Karto telah ditugaskan sebagai Guru Besar yang pertama di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang ini bagi menerajui kepimpinan sekolah. Seterusnya pengurusan sekolah ditadbir oleh barisan pentadbir yang terawal bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang adalah seperti berikut :

 

Guru Besar                      : Puan Salbiah Bt Karto

GPK Pengurusan             : Encik Mohd Razak B. Kanapiah

GPK HEM                         : Encik Razlee B. Mohamad

GPK Ko Kurikulum           : Encik Masran B. Khalil