KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA
HIDUP BERBAKTI

UTAMA

RUMAH KELAB

TUJUAN PENUBUHAN

OBJEKTIF DAN HALA TUJU

ORGANISASI

PERLEMBAGAAN

PENAUNG

PENASIHAT

AHLI JAWATANKUASA

BIRO KELAB

LOGO

AKTIVITI

AKTIVITI TAHUN 2006

PENUKARAN LOGO

KEAHLIAN

PRESIDEN KELAB

KOPERASI

GALERI FOTO

PAUTAN

KEAHLIAN

 

Keahlian KVKM terbuka kepada semua anggota yang telah lulus Kursus Asas Komando dan telah dianugerahkan Bere Hijau dan Diploma di unit-unit Gerak Khas dan di Pusat Latihan Peperangan Khusus.  

 

Kategori keahlian ialah seperti berikut:

 

1.     Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa. 

        Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa terbuka kepada anggota-anggota

        veteran Komando yang telah dianugerahkan Bere Hiaju dan berkhidmat

        dengan mana-mana  pasukan Gerak Khas Tentera darat Malaysia.

 

2.     Ahli Bersekutu. 

        Terbuka kepada mereka yang lulus Kursus Asas Komando tetapi

        berkhidmat dengan Perkhidmatan lain dalam ATM

 

3.     Ahli Kehormat.

        Ahli ini dilantik di peringkat pusat di kalangan mereka yang telah

        menyumbang untuk menjayakan aktiviti kelab. 

 

4.     Cara Pendaftaran.  

        Veteran komando yang ingin mendaftar untuk menjadi ahli boleh sama

        ada mendaftar melalui pusat atau negeri-negeri dimana mereka ingin

        menjadi ahli.  

        Pendaftaran boleh dibuat secara ‘online’. 

        Mereka yang mendaftar melalui pusat akan dimaklumkan kepada 

        cawangan setelah yuran pendaftaran di terima oleh Bendahari/ 

        Setiausaha Agung Pusat.   

 

        Melalui cawangan, mereka boleh mendaftar terus kepada Yang DiPertua

        cawangan di negeri-negeri berkenaan.   

        Borang Pendaftaran untuk menjadi ahli ialah seperti di Lampiran. 

        Selepas pendaftaran disahkan atau di terima oleh pusat atau cawangan, 

        ahli berkenaan dikehendaki melapor ke cawangan untuk mengisi Borang

        Keahlian yang lebih lengkap yang merangkumi semua butiran peribadi dan

        keluarga.

 

5.      Cara Bayaran 

         Bayaran boleh dibuat melalui Deposit Tunai atau cek ke akaun pusat di

         mana-mana Maybank atas nama Kelab Veteran Komando Malaysia

         nombor Akaun:  014301204599.  

         Setelah  bayaran dibuat slip tersebut dikehendaki dihantar ke Bendahari

         pusat atau cawangan untuk pengesahan.

 

6.       Yuran Pendaftaran.  

          Yuran Pendaftaran untuk menjadi ahli ialah seperti berikut:

 

            6.1       Ahli Seumur Hidup       : RM60.00

 

            6.2       Ahli Biasa                    : RM10.00 setahun

 

            6.3       Kad Keahlian                : RM 8.00

 

            6.4       Sijil Keahlian                : RM  8.00          

 

            6.5       Yuran Pendaftaran        : RM 3.00