baru.gif)
LOGO BARU KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA
Bentuk lambang merupakan sebuah bulatan yang dikelilingi tali berwarna kuning, dengan bulatan merah yang menjadi latarbelakang kepada pisau Komando dan Bere hijau.
Di tengah bulatan ialah sebilah pisau Komando yang berwarna hitam dan Bere berwarna hijau..
Tertulis didalam bulatan KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA serta Cogankata ‘HIDUP BERBAKTI’, tulisan berwarna kuning emas.
Lambang Kelab Veteran Komando Malaysia mempunyai pengertian berikut :
a. Bentuk bulatan yang dikelilingi oleh tali melambangkan ikatan
silaturrahim yang terbina dikalangan veteran komando.
b. Warna hijau melambangkan perjuangan dan keperwiraan serta
mendukung kesucian Agama Islam.
c. Bulatan merah melambangkan darah, membuktikan bahawa tiap-tiap ahli
Kelab ini rela untuk berkorban kea rah perjuangan menegakkan agama,
bangsa dan negara.
d. Pisau Komando berwarna hitam melambangkan kepakaran dalam ilmu
ketenteraan.
e. Warna tulisan kuning emas pada cogankata ‘HIDUP BERBAKTI’
melambangkan taat setia Kelab kepada Raja dan Perlembagaan Negara.
f. Slogan ‘HIDUP BERBAKTI’ bermaksud semangat perjuangan seorang
Komando untuk terus berbakti tidak akan mati sebelum mati.
|