five-o-eight.com
Kaedah Mokhdar : Era baru kecemerlangan pencapaian sains dan matematik

Misi kami

Resipi umum kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar untuk semua

Profil pelopor Kaedah Mokhdar

Sembang2 dengan pelopor Mokhdar

Kenapa/siapa perlukan bengkel intensif

Sasaran bengkel utk peserta 5-6 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 7-8 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 9-10 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 11-12 thn

Sasaran bengkel utk peserta 13-15 thn

Sasaran utk peserta 16 thn ke atas

Sasaran bengkel utk ibu bapa dan guru

Sasaran bengkel utk profesion tertentu

Pengumuman tempat , waktu dan bayaran

Borang utk sertai bengkel

Kisah suka duka I

Kisah suka duka II

Tempahan buku dan bahan

Jejak Mokhdar I

Kisah suka duka III

Jejak Mokdar1

Jejak Mokdar II

Menjejak Mokhdar

Jejak Mokdar II

TARIKH PERISTIWA : JANUARI 2006

TEMPAT: SMS SELANGOR, CHERAS

"Saya kenal you. Dulu you buat bengkel di sekolah anak saya, SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Masa ‘tu you jadi Majistret Kanan di Teluk Intan," kata En.Dani, Pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor, di Cheras, ketika singgah di pejabat beliau di dalam rangka mempromosikan kaedah Mokhdar di sekolah-sekolah menengah.

"Saya rasa bukan bengkel, tetapi beberapa sesi ceramah yang dirakam dan disiar di dalam slot Dimensi, TV1. Kemudian disusul dengan beberapa sesi pemantapan dengan pelajar Tahun 6 sekolah itu, sejam seminggu. Itu pun saya pergi lebih kurang tiga kali sahaja."

"Hah ... memang betul ‘tu.Alhamdulillah, dapat jumpa you semula. Anak saya memang ikut program ‘tu, tentang matematik, memang very powerful. Saya pun ingat apa yang dia hafal, wa sem gapan, ga sem majuh. Begitu juga dengan memorinya terhadap fakta-fakta numerical. Beratus-ratus nombor telefon disimpan di dalam mindanya, fuh, memang powerful. Tapi addmathnya, tidak begitu cemerlang. Mungkin kerana saya dari kalangan keluarga berminda sastera, walaupun isteri saya berminda matematik. Walau apa pun, sekarang dia ‘dah jadi majistret macam you dulu."

Pengetua SMS Selangor di Cheras sedang menceritakan kepada Guru Kanan Fizik sekolah beliau tentang kemahiran istimewa anak beliau di dalam menguruskan fakta-fakta numerical menerusi amalan kaedah Mokhdar yang telah diamalkan olehnya sejak Mokhtar memberi ceramah dan bengkel rengkas di sekolah anaknya itu semasa anak beliau belajar di Tahun 6, SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, pada 1992 dahulu.

"Sebenarnya, Tuan Pengetua, dulu saya cuma pendekkan nombor, tetapi tidak pendekkan sebutan simbol dan algebra. Maklumlah, masa keluar Dimensi ‘tu, tahun 1990. Saya cuma hendakkan anak saya senang hafal sifir, itu sahaja. Tak terfikir pun tentang perkara-perkara lain. Hanya selepas itu, secara beransur-ansur, terfikir pula dalam hidup, malah dalam matematik, kita bukan menguruskan angka semata-mata. Kita juga menguruskan perkara-perkara lain, seperti simbol, algebra ..."

"Algebra pun boleh dipendekkanke?"

"Ungkapan algebra setelah dipendek dan dipermudahkan, menguruskan pembelajaran dan pengajaran matematik tambahan jadi lebih mudah, maklumlah, untuk mudah belajar matematik tambahan, otak perlu benar-benar mahir dengan algebra. Untuk mahir, minda bukan sahaja perlu cekap memproses input, tetapi juga cekap mengakses, di dalam minda, akan input-input yang akan diproses. Sekarang ‘ni cikgu, saya dapati kaedah Mokhdar amat berfaedah bukan hanya untuk matematik, tetapi kesan serta merta dapat dilihat jika diaplikasikan kepada subjek kimia, dengan dijalankan bengkel intensif untuk mereka. Sebab itu, untuk pelajar-pelajar menengah atas, sama ada dari aliran sains atau teknik, kita menggunakan pendekatan dengan menggunakan antara 60% ke 70% input-input dari subjek kimia, kerana antara masalah utama di dalam menangani subjek kimia lebih kepada masalah tak ingat dibanding dengan masalah tak faham, dibandign dengan subjek fizik dan matematik tambahan. Bagaimanapun spillover daripada kesan pembinaan yang kukuh dan lebih spontan terhadap angka dan simbol daripada input-input kimia ini akan dirasakan terhadap subjek-subjek lain terutamanya matematik, matematik tambahan, fizik, geografi, sejarah, kejuruteraan dsb."

TARIKH PERISTIWA : 29HB SEPT 2006

TEMPAT: SMK DATO' UNDANG HJ ADNAN, REMBAU

"Anak saya pernah ikuti program bengkel Mokhdar yang En.Mokhtar buat di SMK Tengku Ahmad Burhanuddin di Tampin pada tahun 1996 dulu. Dia di dalam tingkatan dua masa itu. Lepas itu saya lihat, ingatannya sangat kuat, kiraannya sangat pantas dan berlaku peningkatan mendadak di dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja, saya dapati dia menulis amat laju semasa menyelesaikan masalah matematik, sekejap sahaja ‘dah siap, Dia dapat pointer 3.7, dan kemudian dapat keputusan second upper dalam bidang decision making, bidang pengajian yang memerlukan ketangkasan pemikiran matematik. Lepas itu dia dapat tawaran untuk lanjutkan pelajaran di Germany dalam bidang industrial maths, tapi dia enggan pergi masa itu sebab waktu itu arwah ayahnya sedang sakit."

"Memang dia gunakan kaedah inikah, Puan?" seorang guru bertanya kepada beliau meminta kepastian.

"Memanglah. Cikgu-cikgu semua boleh mendengar bunyi Mokhdar yang digunakannya semasa menyelesaikan masalah seperti yang disebut Encik Mokhtar dalam demonstrasi tadi. Dia memang gunakan. Sebab itu bagi saya, bila dengar nama Mokhdar sahaja, saya amat yakin dan tak perlu fikir panjang untuk mendedahkannya kepada pelajar dan guru-guru kita Saya tahu yang ia memang amat berkesan".

Demikianlah di antara dialog Pengetua SMK Dato’ Undang Hj Adnan, Puan Hajjah Roaini dengan guru-guru beliau semasa kehadiran saya di sekolah tersebut pada 25hb Sept 2006.

"Saya rasa bengkel yang saya buat pada masa itu bukannya lapan hari seperti sekarang, cuma empat jam sahaja," saya menyampuk.

"Memang betullah ‘tu, memang empat jam sahaja. Tapi kesannya memang dapat dirasa," tegas Puan Hajjah Roaini.

"Apa bezanya bengkel empat jam dengan bengkel lapan hari?" seorang guru pula bertanya dengan penuh minat.

"Beginilah. Seperti yang cikgu tengok dalam ceramah tadi, kaedah Mokhdar ini amat mudah difahami pelajar. Tetapi setakat memahami kaedah ini, ia tidak akan membantu apa-apa. Kita perlu membudayakan minda kita dengan sebutan di dalam kaedah ini sehinggakan setiap kali minda kita terlibat di dalam pengurusan angka dan simbol, dan lain-lain, minda kita menyebutnya secara Mokhdar walaupun mulut kita menuturkan sebutan yang sempurna, tak kiralah dalam BI, BM, Tamil, Mandarin, bahasa Arab atau sebagainya. Tak payah bengkel empat jam, penerangan sepuluh minit sudah cukup untuk memberikan gambaran tentang Mokhdar malah pelajar tampak seperti telah cekap dengan kaedah tersebut. Tetapi yang lebih penting ialah penggunaannya yang dibudayakan di dalam minda dan berterusan. Sebab itu kita buat bengkel lapan hari. Setelah terdedah dengan aktiviti Mokhdar selama lapan hari, minda peserta berasa selesa dengan Mokhdar dan dapat menggunakannya tanpa apa-apa beban."

"Perbezaan di antara bengkel empat jam dengan bengkel lapan hari yang dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari ialah hasilnya. Menerusi bengkel empat jam, hanya kira-kira lima ke sepuluh peratus sahaja daripada pelajar yang dapat memanfaatkan segala faedah yang terhasil dari penggunaan kaedah ini. Tetapi menerusi bengkel lapan hari, saya dapati tak kurang daripada 90% daripada jumlah keseluruhan peserta yang dapat memanfaatkan kaedah ini malah ramai yang dapat mempamirkan daya kekuatan minda yang luar biasa yang tidak dapat dilakukan oleh orang-orang yang tidak membudayakan mindannya dengan Mokhdar".

 

Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com