five-o-eight.com
Kaedah Mokhdar : Era baru kecemerlangan pencapaian sains dan matematik

Misi kami

Resipi umum kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar untuk semua

Profil pelopor Kaedah Mokhdar

Sembang2 dengan pelopor Mokhdar

Kenapa/siapa perlukan bengkel intensif

Sasaran bengkel utk peserta 5-6 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 7-8 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 9-10 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 11-12 thn

Sasaran bengkel utk peserta 13-15 thn

Sasaran utk peserta 16 thn ke atas

Sasaran bengkel utk ibu bapa dan guru

Sasaran bengkel utk profesion tertentu

Pengumuman tempat , waktu dan bayaran

Borang utk sertai bengkel

Kisah suka duka I

Kisah suka duka II

Tempahan buku dan bahan

Jejak Mokhdar I

Kisah suka duka III

Jejak Mokdar1

Jejak Mokdar II

Menjejak Mokhdar

Kaedah Mokhdar untuk semua

Kaedah Mokhdar adalah untuk semua, tak kira bangsa, agama atau negara. Tetapi oleh kerana ia bertunjangkan bahasa Melayu, orang yang bahasa ibundanya adalah bahasa Melayu atau fasih berbahasa Melayu mendapati lebih mudah memahami dan menghayati kaedah ini serta seterusnya menjadikannya sebagai bahasa pemikirannya.

Kaedah juga untuk semua tahap pengajian, sama ada bagi pelajar yang baru lahir, tadika, tahap satu dan dua sekolah rendah, menengah bawah atau atas sekolah menengah, dan seterusnya di pra-universiti atau universiti.  Bagaimanapun sekiranya anak-anak yang lahir sejak kecil sentiasa terdedah kepada aktiviti Mokhdar yang dibuat oleh abang kakak dan ibu bapanya, misalnya aktiviti menghafal sifir di dalam sebutan Mokhdar, anak itu tidak perlu lagi mengikuti bengkel pemantapan Mokhdar kerana secara 'otomatik' dia bakal memiliki kemahiran mencongak bagi dua digit didarab dengan satu digit semasa berusia lima ke enam tahun, serta mempunyai daya ingatan yang sangat kuat sehinggakan dia mampu menguruskan input-input yang biasanya diajar kepada pelajar tahap dua sekolah menengah malah yang biasanya pelajat menengah rendah dan atas, jika tidak mengamalkan Mokhdar, kurang mampu melakukannya.

Walaupun sejarah perjuangan kaedah Mokhdar bermula dengan aktiviti menghafal sifir untuk anak-anak Mokhtar pada awal 1989 dulu,  kajian dan penemuan selanjutnya mendapati bahawa ia bakal meningkatkan daya memori, daya berfikir dan kecepatan berfikir bagi penggunanya. Sekiranya minda seorang anak kecil yang pintar dibudayakan sepenuhnya dengan sebutan Mokhdar, ketika berusia dua tahun, dia telah hafal darab-darab asas hanya dengan mendengar dendangan lagu darab Mokhdar oleh emak ayah atau abang kakaknya ketika dia hendak tidur. 

(Bagi pelajar-pelajar yang tidak terdedah budaya penggunaannya sejak kecil, dia perlu mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar yang diprogramkan bagi menjadikan Mokhdar sebagai budaya pemikiran pelajar, guru, ibu bapa, pekerja atau sebagainya).

Dalam usia dua tahun setengah dia sudah mampu memukau ribuan hadirin dengan kecekapan ‘penguasaan’ darab asasnya. Dalam usia tiga tahun dia sudah mampu menggunakan bahasa yang sempurna bila ditanya soalan berkaitan dengan fakta darab asas. Dalam lingkungan usia enam tahun dia sudah mampu memahami dan menyelesaikan masalah tambah, tolak dan bahagi lantas mampu menjawab sepantas kilat (tanpa perlu kepada kalkulator. Setahun kemudian, dia telah mampu memahami dan menyelesaikan masalah fact and figure di dalam subjek matematik bagi tahap yang jauh lebih tinggi dari usianya, misalnya, perpuluhan, pecahan, pecahan algebra, hukum indeks, trigonometri, persamaan linear, persamaan kuadratik, mengaplikasikan sifir logaritma, menukar rumus menjadi perkara rumus dan sebaliknya, dll.

Dia juga mampu untuk mengingat dengan mudah dan spontan, dan dapat dikekalkan di dalam kotak memorinya bagi jangka waktu yang amat lama. Tulis untuknya fakta-fakta sains, misalnya jarak bumi dan semua planet lain dengan matahari, ukuran diameter matahari dan ukuran diameter semua planet-planetnya, masa yang diambil oleh semua planet untuk mengorbit matahari dan masa yang diambil oleh setiap planet untuk melengkapkan putarannya, semuanya boleh diingatnya dengan mudah.

Beri jadual-jadual mengandungi fakta-fakta biologi seperti tindakbalas kimia dalam respirasi aerob dan anaerob, bilangan kromosom dalam sel somatik dan sel biak dalam organisma bari-bari, bawang, tikus, manusia dan lembu, kandungan serat di dalam buah-buahan tempatan. Dia boleh mengingatnya dengan mudah. Beri jadual-jadual di dalam subjek kimia, seperti jadual berkala, nombor proton, atomic weight, tahap lebur dan tahap didih semua unsur, ketumpatan, konfigurasi elektron dsb., juga boleh diingatnya dengan mudah. Beri formula kimia bagi garam, misalnya, NaCl, CuSo4, Na2Co3, NH4Cl, Mg(NO3)2, CH3COOK, berserta dengan ion-ion positif dan ion-ion negatifnya, semuanya boleh diingat dengan mudah sedangkan pelajar menengah atas, pra-universiti dan universiti, malah seorang professor sekalipun, yang tidak mengamalkan kaedah Mokhdar, mungkin mendapati amat sukar untuk mengingatnya.

Beri seterusnya rumus-rumus di dalam subjek fizik, matematik dan matematik tambahan. Dia mampu mengingatnya dengan begitu mudah dan diabadikan pula di dalam memorinya mungkin untuk selama hayatnya. Malah beri satu model jawapan menyelesaikan masalah matematik tambahan yang rumit, dia mampu mengingatnya dengan mudah dan mampu pula menggunakan model jawapan tersebut sebagai sampel penyelesaian masalahnya bila dia belajar matematik tambahan nanti.

Jika adik sekecil usia tujuh tahun mampu melakukan sedemikian, abang dan kakak di sekolah menengah tentulah dapat melakukannya dengan jauh lebih baik. Bagaimanapun, sebagaimana dinyatakan tadi, sekiranya seseorang itu tidak terdedah dengan penggunaan Mokhdar sejak kecil, dia perlu menghadiri bengkel intensif kaedah Mokhdar bagi menggantikan apa yang tidak dimiliki tersebut.

Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com