five-o-eight.com
Kaedah Mokhdar : Era baru kecemerlangan pencapaian sains dan matematik

Misi kami

Resipi umum kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar untuk semua

Profil pelopor Kaedah Mokhdar

Sembang2 dengan pelopor Mokhdar

Kenapa/siapa perlukan bengkel intensif

Sasaran bengkel utk peserta 5-6 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 7-8 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 9-10 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 11-12 thn

Sasaran bengkel utk peserta 13-15 thn

Sasaran utk peserta 16 thn ke atas

Sasaran bengkel utk ibu bapa dan guru

Sasaran bengkel utk profesion tertentu

Pengumuman tempat , waktu dan bayaran

Borang utk sertai bengkel

Kisah suka duka I

Kisah suka duka II

Tempahan buku dan bahan

Jejak Mokhdar I

Kisah suka duka III

Jejak Mokdar1

Jejak Mokdar II

Menjejak Mokhdar

Kisah suka duka II

“Tuan, kenapa perlu letak jawatan. Slow and steady,” itulah kata-kata wartawan Tamil Osai, Kandayah. Kandayah sering melepak di dalam galeri mahkamah dan peristiwa-peristiwa di dalam Mahkamah Majistret Teluk Intan sering menjadi bahan laporan akhbarnya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor bahawa daerah Hilir Perak, terutamanya kawasan Hutan Melintang di mana terdapatnya kuil Hindu yang paling besar di Malaysia, adalah merupakan kawasan penempatan yang padat dengan masyarakat India dan banyak peristiwa kemanusiaan yang menyentuh masyarakat India yang berlaku di Mahkamah Teluk Intan.

 

“Jika saya tidak  letak jawatan, suara saya tersekat. Kedudukan saya sangat sensitif. Apa yang akan saya buat pada tahun pertama selepas meletak jawatan ialah mengembara ke seluruh negara, memberi ceramah mengenai Mokhdar di semua sekolah. Selepas itu saya akan kembali ke profesion guaman, sebagai seorang peguam swasta,” saya menerangkan kepada Kandayah. Kandayah yang amat mengambil berat tentang hal ehwal keluarga saya, dan sering saya tumpangkan atau hantar ke stesen bas atau teksi (dia tidak mempunyai kenderaan dan tidak mempunyai lesen untuk memandu kenderaan), menggeleng-gelengkan kepala. “Tuan, berjuang, memanglah berjuang. Tapi periuk nasi kena jaga, masa depan keluarga kena jaga. Tuan terus kerja, tak payah letak jawatan, terus sebarkan idea tuan, slow and steadylah,” katanya dalam lidah Tamilnya yang pekat.

 

Bukan saya tak fikirkan tentang kebenaran kata-kata Kandayah.  Tapi sejak menemui faktor sebenar tentang kenapa orang Melayu kalah dengan rakan-rakan mereka khususnya orang-orang Cina, di dalam hampir segenap bidang kehidupan, ungkapan semangat perjuangan bangsa yang sering saya baca di dada akhbar, di dalam cerpen, di dalam kisah-kisah perjuangan sama ada di dalam novel atau cerpen, atau ucapan-ucapan pemimpin, benar-benar menggamit perhatian saya.  Setiap kali saya melihat bangunan-bangunan kedai dan ruang perniagaan yang terpampang megah di setiap tempat yang saya lawati, saya sebenarnya melihat kegagalan bangsa saya di dalam bidang ekonomi.  Setiap kali saya melihat keputusan-keputusan cemerlang di dalam hampir setiap peperiksaan PMR, SPM, STPM dan Universiti, yang didominasikan hampir keseluruhannya oleh pelajar-pelajar Tionghua, say amelihat kegagalan bangsa saya di dalam bidang pelajaran terutamanya bidang yang berkaitan dengan matematik dan sains, bidang yang menjadi teras atau pemangkin kepada kemajuan teknologi.

 

Sejak itu saya melakukan segala yang terdaya saya lakukan.  Ketika mulai memikirkan tentang kaitan di antara perkataan yang panjang dengan kelemahan di dalam prestasi di dalam hampir segenap bidang kehidupan, saya tidak ghairah untuk menerbitkan buku mengenainya kerana menyedari risikonya, sebaliknya saya menulis surat kepada Perdana Menteri dan ramai tokoh-tokoh pemimpin sama ada pemimpin politik, akademik dan korporat.  Saya minta mereka fikirkan apa yang telah saya temui dan melakukan sesuatu kerana saya percaya sekiranya tindakan diambil bersabit dengan fakta yang ditemui itu

 

Saya juga berjumpa dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada masa itu (1989), Tuan Adnan, meminta supaya sesuatu dilakukan tentang penemuan saya. Saya beri contoh, kenapa bahasa yang digunakan untuk mengangkat sumpah di mahkamah perlu menggunakan terjemahan literal yang panjang lebar (dalam bahasa Inggeris berbunyi, “I, ..., solemnly and affirmly declare that, whatever I shall state in this trial is the truth nothing but the truth.” (28 suku kata). Kenapa perlu diterjemahkan secara literal, “Bahawasanya saya, ..., dengan segala sesungguhnya dan dengan segala suci hati, mengaku dan berikrar, bahawa apa yang akan saya perkatakan di dalam perbicaraan ini adalah yang benar semuanya, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka.”? (85 suku kata!)

 

Bayangkan jika sepuluh orang saksi memberi keterangan di dalam sesuatu perbicaraan, di dalam bahasa Inggeris, bererti 10 x 28 detik = 280 detik, di dalam bahasa Malaysia, 10 x 85 detik menjadi 850 detik. Kelajuan mengungkap di dalam bahasa memberi keterangan di Mahkamah adalah lebih lama di banding dengan kelajuan mengungkap di dalam pertuturan biasa. Jika pertuturan biasa menggunakan 0.25 saat bagi menyebut setiap suku kata, bahasa memberi keterangan memerlukan hitung panjang lebih kurang 0.5 saat untuk menghabiskan setiap suku kata, mengambil kira pause, intonasi dsb. Bererti, sepuluh orang mengangkat sumpah di dalam bahasa Inggeris memerlukan masa sebanyak 140 saat yang bersamaan dengan 2.33 minit, manakala sepuluh orang yang mengangkat sumpah di dalam bahasa Malaysia memerlukan masa sebanyak 455 saat yang bersamaan dengan 7.58 minit. Perbezaan masa yang digunakan ialah 4.25 minit.  Jika setiap hari sepuluh orang memberi keterangan, lima hari bekerja bererti 50 orang memberi keterangan, bererti perbezaan masa yang digunakan ialah 21.25 saat.  Tidakkah masa selama 21.25 saat ini cukup untuk suatu waktu rehat di sebelah pagi, dan cukup untuk menulis suatu alasan penghakiman bagi kes yang mudah atau straight-forward.  (Itu baru dikira masa untuk mengangkat sumpah. Bagaimana masa untuk berhujah, menulis keterangan, mengemukakan bukti dsb?). 

 

Saya rasa dengan memberi contoh tersebut, dia dapat melihat kaitan dengan apa yang saya temui dengan tugas-tugas saya sebagai seorang pegawai di dalam bidang perundangan dan kehakiman. Namun, apa jawapan beliau? Mudah sahaja, “Awak dibayar gaji untuk buat kerja sebagai seorang Majistret, dan bukannya untuk memikirkan tentang soal-soal lain!”.

 

Bayangkan, dalam keghairahan saya menemui sesuatu fakta yang saya percaya amat besar signifikannya untuk bangsa saya, sesuatu yang saya percaya akan mengubah bangsa saya menjadi bangsa yang maju, tiba-tiba semangat itu begitu mudah mahu dipadamkan dengan ungkapan bahawa, saya dibayar gaji untuk membuat kerja-kerja seorang Majistret dan bukannya kerja-kerja lain.

 

Saya cuba buat bertemu dengan beberapa orang tokoh, yang saya rasa dapat membantu saya mengetengahkan idea saya. Saya temui dan berbual panjang dengan Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka pada masa itu iaitu Dato’ Abdul Rahim bin Bakar.  Hampir dua jam kami berbicara, dan di akhir pertemuan, beliau bersetuju dengan saya bahawa perkataan di dalam bahasa Melayu adalah panjang-panjang dan ia ada kaitan dengan prestasi orang-orang Melayu di dalam pelbagai bidang terutamanya bidang matematik, sains, ekonomi dan perniagaan.  Saya mencadangkan dua langkah utama untuk diambil bagi menangani kemelut bangsa hasil daripada faktor kepanjangan perkataan tersebut, pertama, reformasikan bahasa Melayu supaya common wordsnya jadi sebutan satu suku kata manakala perkataan-perkataan lainnya dijadikan makin pendek dan bukannya makin panjang, dan langkah kedua ialah, dengan menekankan semula kepentingan bahasa Inggeris oleh kerana perkataan di dalam bahasa Inggeris adalah pendek-pendek dibanding dengan perkataan di dalam bahasa Melayu, dan perhebatkan usaha agar orang Melayu menjadi bangsa yang menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pemikiran.  Beliau setuju supaya penguasaan bahasa Inggeris diperhebatkan di kalangan orang-orang Melayu, tetapi tidak bersetuju jika perkataan di dalam bahasa Melayu dipendekkan kerana ia akan mengubah rupa dan jati diri bahasa Melayu.

 

Saya juga meminta bantuan rakan-rakan wartawan supaya menghubungkan saya dengan Cikgu Kassim, Pengerusi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMB), yang bertugas di Teluk Intan.  Akhirnya suatu majlis di atur di rumah saya iaitu Kuarters Majistret Teluk Intan, di mana beliau membawa lebih kurang lima belas orang rakan-rakannya terdiri daripada Setiausaha KGMB dan AJK KGMB, untuk berdialog dengan saya berhubung dengan penemuan saya. Ketika itu kaedah Mokhdar telah mulai diperkenalkan, dan anak-anak saya yang berusia lima, lapan dan sembilan tahun telah menunjukkan kecekapan mengingat jadual operasi asas dan jadual darab dari darab sifar hingga sembilan belas.  Jelas bahawa mereka kagum dengan dapatan-dapatan saya, kagum dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh anak-anak saya dan kagum dengan usaha gigih saya menyebarkan apa yang saya temui. Di akhir majlis, Cikgu Kassim mengucapkan tahniah di atas segala penemuan dan hasil penemuan yang telah saya tunjukkan, namun tidak bersetuju dengan satu daripada penyelesaian yang saya cadangkan iaitu memperhebatkan semula penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Melayu, tetapi bersetuju sekiranya perkataan di dalam bahasa Melayu dijadikan semakin pendek dan bukannya semakin panjang, malah bersetuju jika kaedah Mokhdar dijadikan sebagai kaedah yang mesti digunakan oleh pelajar-pelajar Melayu untuk meningkatkan penguasaan matematik mereka.

 

Surat yang saya tulis dan hantar bertubi-tubi kepada Perdana Menteri sejak masih bertugas di Kuala Lumpur sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen (1986 – 1989) tidak pernah berbalas, walaupun terdapat dua orang menteri yang telah menerima salinan surat saya yang membalas surat tersebut dengan mengucapkan terima kasih dan menyatakan yang mereka memberi perhatian kepada surat saya.  Namun dalam pada itu saya dapati bahawa banyak daripada kandungan ucapan perdana menteri yang bagaikan dipetik daripada surat terpanjang setebal dua ratus muka surat yang saya hantar kepada beliau, yang saya tulis semasa bercuti pindah dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan selama sepuluh hari.  Kemudian saya jilidkan surat tersebut menjadi buku, dan saya hantar sendiri ke Pelanduk Publications di pejabatnya di Sea Park, Petaling Jaya.  Dua minggu selepas itu saya terima sepucuk surat dari Pelanduk Publications, di mana mereka memulangkan buku yang saya tulis dan menyatakan keengganan menerbitkannya disebabkan oleh ‘terlalu banyak kelemahan di dalam buku tersebut yang tidak dapat dipertahankan’.

 

Akhirnya, setelah merasakan bahawa surat-surat yang saya hantar kepada para pemimpin dan ketua-ketua pengarang akhbar-akhbar tempatan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, dan merasakan penemuan yang bagi saya amat penting itu tidak akan bererti apa-apa jika masyarakat bangsa saya tidak mengetahuinya, saya memutuskan untuk menerbitkan sendiri surat tersebut sebagai sebuah buku. Mulanya buku tersebut diterbitkan dengan menggunakan nama syarikat abang saya di Tapah, Hana3H, sebagai penerbitnya, diterbitkan dengan tajuk ‘Bahasa dan Tamadun Bangsa’.  Teknik penerbitan buku tersebut tersangat dhaif, dengan typesetnya menggunakan pencetak daisywheel Brother  yang ditaip dengan menggunakan perisian Wordstar.  Bimbang jika tulisan buku tersebut akan menimbulkan kemarahan ketua-ketua saya, saya gunakan nama samaran H.M.Mokhtar.  Saya bercuti selama beberapa hari dan hantar sendiri buku-buku tersebut ke kedai-kedai buku di Tapah, Ipoh, Taiping, Bukit Mertajam, Butterworth dan Sungai Petani.

 

Buku-buku tersebut langsung tidak laku, tetapi suami kepada wartawan Zainab Ali dari Utusan Malaysia berjaya menjejak saya setelah membeli buku tersebut di Taiping.  Dia memberitahu yang dia dan isterinya telah membaca buku tersebut dan percaya buku tersebut pasti akan menggemparkan masyarakat Malaysia dan memberitahu yang isterinya akan menulis preview tentang buku tersebut untuk siaran di dalam Utusan Malaysia. Saya meminta mereka menangguhkan hasrat tersebut, kerana pada masa itu saya sedang berusaha untuk menerbitkan semula buku tersebut dengan teknik penerbitan yang lebih kemas menggunakan nama syarikat penerbitan yang didaftarkan di bawah nama isteri saya, dan seterusnya, sebelum buku tersebut di previewkan, saya mahu pastikan yang buku tersebut boleh diperoleh di semua kedai di seluruh negara. Berbekalkan slip gaji saya, saya berjaya membuat pinjaman peribadi di dua buah bank di Teluk Intan. Saya juga telah berjaya meyakinkan sebuah syarikat percetakan di Teluk Intan untuk memberi saya kredit selama tiga bulan bagi lima puluh peratus daripada kos mencetak buku tersebut.

 

Saya tahu bahawa sebagai pegawai Kerajaan, saya tidak boleh melibatkan diri di dalam perniagaan dan saya juga tidak boleh melibatkan diri dalam kesusahan berhutang. Namun buku tersebut tidak diterbitkan di bawah nama saya, sebaliknya menggunakan nama syarikat yang didaftarkan di bawah nama isteri saya. Saya juga amat yakin bahawa, oleh kerana idea yang saya bawa pasti akan menggemparkan dan buku itu pasti akan laku di pasaran, dalam masa kurang dari tiga bulan saya akan dapat membayar keseluruhan kos percetakan buku tersebut, malah hasil jualan buku tersebut mungkin akan menjadikan seorang yang ‘kaya raya’ yang akan terus menggunakan ‘kekayaan’ yang bakal dimiliki itu untuk meneruskan perjuangan dengan lebih berkesan.  Wartawan Zainab Ali yang menghubungi saya menerusi telefon juga memberi jaminan bahawa berdasarkan pengalamannya, buku tersebut akan ‘meletup’ dan saya akan menjadi terkenal dalam sekelip mata selepas buku tersebut diberi preview akhbar Utusan Malaysia.

 

Sebagai penulis, saya tidak risau lagi untuk menggunakan nama sebenar saya kerana setelah menyemak di dalam Bab D, Kaedah Perkhidmatan Am Pegawai-Pegawai Kerajaan,  adalah tidak salah bagi saya untuk menulis malah menerbitkan buku sekiranya apa yang saya tulis tidak berkaitan dengan atau menyentuh apa-apa dasar Kerajaan atau Jabatan tempat saya bertugas.  Ini disahkan sendiri oleh Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, Menteri Luar pada masa itu, yang abang saya amat rapat dengannya dan hampir setiap kali saya balik kampung terutamanya pada hari raya, saya pasti berkunjung ke rumah beliau di Kepala Batas. Malah ketika bertugas di Kuala Lumpur dulu saya sering juga berkunjung ke rumah beliau di Bukit Bangsar dan beliau pernah beberapa kali membawa saya, abang saya dan dua tiga orang rakan-rakan beliau yang lain makan di Restoran Mongul di Dashrun Hotel yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.  Malah ketika mula berkhidmat dahulu (1986) dan ketika menyatakan hasrat saya kepada beliau untuk meletak jawatan dari Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman untuk membuka firma guaman saya sendiri, beliau menasihatkan saya agar tidak berbuat demikian kerana keadaan ekonomi negara pada masa itu adalah ‘tenat’.

 

Atas nama perjuangan untuk bangsa, akhirnya buku tersebut telah berjaya diterbitkan. Saya bercuti selama seminggu dan mengedarnya sendiri di kedai-kedai buku di Ipoh, Tanjung Malim, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Petaling Jaya,  Bangi, Kelang dan Seremban. Dua orang pembantu yang saya ambil bekerja khusus untuk mengedarkan buku-buku tersebut telah membuat edaran hingga ke Melaka, Kuantan dan Johor, namun perbelanjaan hotel dan kos minyak yang terpaksa dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan tidak tertanggungkan. Sebab itu saya terpaksa memanggil mereka pulang.

 

Seminggu selepas buku tersebut diedar di pasaran, suatu pagi, ketika membaca Utusan Malaysia di muka dalaman, saya terlihat wajah seseorang yang saya rasa amat saya kenali yang dicetak besar di laman tersebut.  Hampir tiga empat saat saya cuba mengingat wajah yang terpampang besar tersebut sebelum tiba-tiba saya menyedari bahawa wajah itu adalah wajah saya sendiri dan artikel yang mengisi hampir keseluruhan muka sembilan akhbar tersebut (di samping iklan yang memakan ruang hampir satu pertiga daripada ruang akhbar tersebut) adalah preview tentang buku saya, dengan petikan daripada preview tersebut ditulis besar-besar:  “Buku yang wajib dibaca oleh setiap rakyat, terutamanya orang Melayu, yang mahu berjaya”.

 

Buku tersebut memang benar-benar meletup. Kedai Buku Universiti Malaya membuat tempahan tambahan malah dengan bayaran tunai, dan menurut mereka, orang yang pertama yang membeli buku tersebut ialah tak lain dan tak bukan daripada Professor Ungku Aziz sendiri, Naib Chanselor Universiti Malaya pada masa itu.  Pegawai yang menguruskan tempahan buku tersebut memberitahu saya ketika saya menghantar tempahan tersebut, “Awak bernasib baik, dengan menulis hanya sebuah buku, awak telah menjadi terkenal di seluruh negara,” kata beliau.

 

..... BERSAMBUNG ....

 

Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com