Mungkin telah ditakdirkan, pada Julai 1986, ketika memasukkan iklan ke dalam akhbar berbahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan akhbar-akhbar bertulisan Mandarin, saya, pelopor Kaedah Mokhdar, menyedari fakta bahawa tulisan kanji di dalam bahasa Mandarin, walaupun merupakan tulisan antequarian, atau dalam istilah yang lebih mudah difahami, tulisan warisan zaman kuno, namun tulisannya adalah mampat dan mampu memuatkan banyak perkataan dibanding dengan tulisan di dalam bahasa-bahasa lain. Oleh itu kos pengiklanan dan penyampaian mesej di dalam tulisan Cina adalah jauh lebih ekonomik dibanding dengan kos tersebut di dalam bahasa-bahasa lain, namun mesej yang mampu disampaikan adalah amat jauh lebih padat dan berkesan.
Seminggu kemudiannya, saya menyedari pula bahawa sebutan nombor-nombor asas di dalam dialek-dialek bahasa Cina, dan bahasa-bahasa bangsa yang tidak mengalami sindrom lemah di dalam matematik (misalnya Jepun, Korea, English, Jerman, Perancis, Belanda, Portugal, Sepanyol, Itali, Russia, Hindi, Punjabi, Siam adalah terdiri daripada sebutan satu suku kata dibanding dengan bangsa-bangsa yang mempamirkan sindrom lemah di dalam subjek matematik yang sebutan nombor-nombor asasnya terdiri daripada sebutan dua suku kata atau lebih. Saya menyimpulkan bahawa sebutan nombor yang panjang menyebabkan pelajar yang berbudayakan bahasa yang panjang sebutan nombornya menghadapi sindrom fobia terhadap angka dan simbol, lantaran mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk menguruskan fakta-fakta sedemikian, misalnya ketika belajar membilang, membilang, mengingat fakta matematik seperti fakta asas, rumus, langkah kerja penyelesaian masalah dsb., lambat mengira lantaran sebutan yang panjang mengambil masa yang lebih lama untuk disebut, mempunyai daya ingatan yang lemah terhadap angka dan simbol lantaran komplikasi yang timbul di dalam minda di sebabkan oleh kepanjangan sebutan tersebut. Kefobiaan terhadap angka dan simbol juga menyebabkan mereka sukar mengingat tarikh sejarah, statistik, fakta-fakta saintifik tentang planet-planet,
Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com |