five-o-eight.com
Kaedah Mokhdar : Era baru kecemerlangan pencapaian sains dan matematik

Misi kami

Resipi umum kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar untuk semua

Profil pelopor Kaedah Mokhdar

Sembang2 dengan pelopor Mokhdar

Kenapa/siapa perlukan bengkel intensif

Sasaran bengkel utk peserta 5-6 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 7-8 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 9-10 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 11-12 thn

Sasaran bengkel utk peserta 13-15 thn

Sasaran utk peserta 16 thn ke atas

Sasaran bengkel utk ibu bapa dan guru

Sasaran bengkel utk profesion tertentu

Pengumuman tempat , waktu dan bayaran

Borang utk sertai bengkel

Kisah suka duka I

Kisah suka duka II

Tempahan buku dan bahan

Jejak Mokhdar I

Kisah suka duka III

Jejak Mokdar1

Jejak Mokdar II

Menjejak Mokhdar

Sasaran bengkel utk ibu bapa dan guru

Dalam konteks kecekapan minda, Kaedah Mokhdar akan melahirkan yang terbaik daripada diri seseorang (in the context of mind efficiency, the Mokhdar method would produce the best out of a person). Jika seseorang itu adalah genius, dia akan jadi multiple genius. Jika dia seorang pandai, dia akan jadi genius. Jika dia seorang yang lemah, dia akan jadi pandai (jika faktor lain seperti kelembapan minda disebabkan oleh faktor genetik, permakanan atau sebagainya, dia juga akan jadi genius). Bagaimanapun, to get the best out of a person, dia mesti terdedah kepada penggunaan Mokhdar atau/dan menggunakan Mokhdar sejak sekecil mungkin. Peranan mendedahkan anak-anak, jagaan dan adik-adik sejak mereka sekecil mungkin hanya dapat dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru mereka.

Cikgu Suhaimi, salah seorang kaunselor di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan, diarahkan oleh Pengetua untuk ‘tengok-tengok’kan program ceramah di dewan sekolah pada suatu malam di bulan April 2005. "Saya tahu encik gunakan kaedah Mokhdar," kata beliau setelah melihat demonstrasi oleh Mokhtar tentang kecekapan mengingat nombor kad pengenalan Cikgu Suhaimi (12 digit) dengan sekali imbas. "Saya pun tahu kaedah ini, dan telah lama saya gunakan bersama anak-anak. Menggunakan petua-petua yang diberi oleh Encik Mokhtar, saya ajar anak-anak saya. Memang kecekapan mereka adalah luar biasa, dan sekarang, kedua-dua orang anak kembar saya sedang mengikuti pengajian ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik."

"Cikgu guna petua yang diberi di dalam buku-buku Mokhdarkah?" saya bertanya beliau. "Tidak, saya dengar dalam siaran radio 1. Saya ingat lagi, selama lebih daripada empat bulan, setiap hari Selasa, petang, antara jam 4 hingga 5 petang, saya mendengar perbualan radio Encik Mokhtar. Beginilah, encik naiklah ke atas, dan perkenalkanlah diri sendiri sebagaimana yang lazim dilakukan oleh semua penceramah motivasi lain. Saya letih sebab baru balik dari berkursus, hanya sebentar tadi dapat arahan dari Pengetua untuk tolong tengok-tengokkan program pada malam ini."

"Itu tidak jadi masalah bagi saya, cikgu. Tapi, sudilah cikgu terima buku ini, sebagai kenangan untuk pertemuan kita pada malam ini," kata saya sambil mengunjuk buku ‘Kaedah Mokhdar - Falsafah dan Latihan Asas’ kepada beliau. Beliau mengambilnya, membelek-belek bahagian hadapan dan belakang kulit buku tersebut, dan tiba-tiba bertanya, "Ini, Encik Mokhtarkah?". "Ya." "Maksud saya, Encik Mokhtar yang selalu berceramah di radio, kadang-kadang dengan Mustaza Maah, kadang-kadang dengan Chuari Selamat, dan sebagainya ‘tu." "Ya, sayalah orangnya." "Sekejap ... maksud saya, Mokhtar yang pernah jadi Majistret Kanan Teluk Intan, yang cipta kaedah Mokhdar ‘tu." "Benar, sayalah orangnya yang cipta kaedah Mokhdar, dan buku ini memang ditulis oleh saya di samping banyak lagi buku-buku lain," kataku.

Tiba-tiba Cikgu Suhaimi memeluk saya dan menepuk-nepuk belakang saya. Lama pelukannya. "Encik Mokhtar, halalkanlah segala ilmu yang telah saya gunakan, mudah-mudahan segala usaha dan perjuangan encik akan diberkati," kata beliau penuh terharu. "Minta maaf, saya tak kenal encik tadi, saya cuma kenal suara encik, itupun ‘dah ingat-ingat lupa, sebab ‘dah lama ‘dah.". Tak lama kemudian, Cikgu Suhaimi naik ke atas pentas, dan dengan bangganya memperkenalkan saya kepada lebih kurang tujuh ratus orang pelajar di hadapannya. Dengan bangga juga beliau memaklumkan kepada pelajar-pelajarnya bahawa kecekapan anak-anaknya di dalam matematik, matematik tambahan, fizik, kimia dan semua subjek-subjek lain antaranya disebabkan oleh faktor latihan penggunaan kaedah Mokhdar yang telah diberi kepada anak-anaknya sejak anak-anaknya masih belajar di Tahap Satu sekolah rendah dulu!

Saya sendiri mempunyai seorang anak yang ‘slow’. Semasa di Tahun Satu dan Dua dulu, dia menduduki tempat ke 44 dalam kelas yang kelapan di Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes, Rawang. Anak ini, yang kami panggil ‘Kakcik’, adalah anak kepada adik ipar saya, yang tinggal bersama saya sejak berusia dua hari, yang kasih sayang terhadapnya tidak berbeza sama sekali dengan kasih sayang terhadap anak-anak saya yang lain. Bagaimanapun isteri saya selalu tersentuh hati kerana perbuatan saya men’dera’ Kakcik. Misalnya, suatu hari, ketika Kakcik berada di Tahun 2, saya memintanya berdiri tegak dan menyebut ‘m.a. ma, t.a. ta, mata’, sebanyak seribu kali. Setelah disebut lebih kurang dua ratus kali, saya sendiri tak sampai hati dan menyuruhnya berhenti. Namun bila diminta Kakcik mengeja semula ‘mata’, bayangkan, dia telah ‘terlupa’!

Sungguhpun begitu, dari segi penguasaan darab, Kakcik memang cekap di mata gurunya sungguhpun lembab di mata saya. Ini kerana, Nur Izham, abang Kakcik (anak saya yang ‘original’), semasa berusia antara lima setengah ke enam tahun, sudah mampu mencongak bagi darab dua digit didarab dengan satu digit, dan semasa di Tahun 1, telah mampu memahami dan menyelesaikan masalah sekolah menengah seperti pecahan, pecahan algebra, hukum indeks, persamaan linear, persamaan kuadratik, trigonometri dsb., sedangkan Kakcik hanya sekadar mampu menjawab pantas bila ditanya jawapan bagi darab asas dan tidak tahu pun mencongak sepertimana yang mampu dilakukan oleh semua abang dan kakaknya. Ketika di Tahun Satu dan Dua, Kakcik menduduki tempat keempat puluh empat di dalam kelas yang kelapan (sekolah itu mempunyai lapan kelas semasa Kakcik belajar di Tahun Satu dan Dua dan kelas yang kelapan mempunyai empat puluh empat orang pelajar!

Pada pertengahan tahun 2005, Kakcik memaklumkan kepada saya yang dia tidak dapat mengikut saya pada hujung minggu itu untuk program ceramah dan bengkel saya kerana dia dikehendaki ke sekolah untuk menerima hadiah. "Kakcik dapat tempat ketiga di dalam darjah," kata Kakcik. Saya tak dapat menahan diri daripada terketawa, dan bertanya kepada Kakcik, "Tempat ketiga di dalam kelas yang kelapankah Kakcik?". "Taklah. Kakcik sekarang duduk di dalam kelas yang keempat!".

Salah seorang guru Kakcik yang mengenali Kakcik sejak kecil sempat bertanya kepada saya tentang perubahan besar yang dialami oleh Kakcik. Saya memaklumkan kepada beliau, sebenarnya apa yang berlaku ialah, oleh kerana Kakcik telah menguasai darab asas sejak kecil serta tidak berlaku penderaan bagi penguasaan kemahiran tersebut, matematik adalah antara subjek yang paling diminatinya dan guru-guru matematik juga menyukai Kakcik walaupun dia agak perlahan di dalam memahami apa yang diajar. Dia rajin ke sekolah dan dia tidak menghadapi beban ketakutan terhadap guru-guru matematik ketika mengikuti subjek-subjek lain. Kedudukannya mulai melonjak sejak berada di dalam Tahun Tiga kerana semasa itu operasi asas matematik mulai diajar secara intensif sedangkan Kakcik telah menguasainya sejak belum memasuki Tahun Satu dulu. Bagi Kakcik, matematik yang ditakuti oleh pelajar-pelajar lain adalah merupakan subjek yang paling senang ditangani olehnya walaupun ke’senang’an itu tidaklah menjadikan dia sebagai pelajar yang paling pintar bagi subjek tersebut.

Adalah perlu bagi ibu bapa dan guru serta ahli-ahli keluarga yang lain untuk menghadiri Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar ini agar mereka dapat melahirkan suasana yang dapat membentuk kelahiran pelajar seperti anak-anak Cikgu Suhaimi (anak-anak yang sememangnya pintar) atau anak-anak seperti Kakcik (anak yang ‘slow’ di dalam pelajaran). Ibu bapa dan guru-guru tidak perlu duduk di hadapan anak-anak / pelajar mereka dan mengajar Mokhdar kepada mereka seperti mengajar di sekolah atau di dalam kelas-kelas atau sesi-sesi tuisyen. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka hanyalah mewujudkan environment yang kondusif bagi penggunaan Mokhdar, sehinggakan, tanpa perlu menghafal jadual darab, tambah, tolak dan bahagi (dan fakta-fakta di dalam bentuk angka dan simbol), mereka telah menguasainya sejak di bangku tadika.

Pengetahuan inilah yang akan diterapkan kepada ibu bapa (serta abang kakak, pakcik dsb) dan guru-guru yang menghadiri bengkel intensif ini. Sungguhpun ibu bapa dan guru akan diturut dilatih, sebagaimana peserta-peserta lain, mengingat dan memproses fakta-fakta yang rumit yang terdapat di dalam subjek-subjek sains, matematik dan lain-lain, namun pemantapan kaedah Mokhdar ke dalam minda ibu bapa dan guru (dsb) menerusi latihan-latihan yang dilakukan bersama-sama dengan peserta-peserta yang berusia enam belas tahun ke atas ini adalah bertujuan antaranya untuk menghasilkan daya keyakinan diri yang tinggi terhadap kaedah ini sehingga memampukan ibu bapa dan guru mewujudkan environment yang kondusif bagi penggunaan Mokhdar di kalangan ahli-ahli keluarga dan murid-muridnya.

Biasanya ibu bapa dan guru ditempatkan bersama dengan peserta-peserta dari tingkatan empat, lima, pra-universiti, universiti dan seterusnya. Bergantung kepada daya intelektual dan latar belakang masing-masing, biasanya ibu bapa dan guru menyangka yang daya pencerapan mereka adalah lambat jika dibanding dengan daya pencerapan peserta-peserta yang merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan universiti. Sebenarnya daya pencerapan adalah sama, cuma motivasi pelajar secara naturalnya lebih tinggi kerana bahan-bahan latihan yang digunakan adalah bahan-bahan latihan yang ‘dekat’ atau ‘masih dekat’ dengan mereka dan akan digunakan di dalam kelas-kelas dan ujian-ujian yang bakal mereka hadapi, sedangkan bagi ibu bapa, bahan-bahan latihan yang digunakan telah lama di’tinggal’kan oleh mereka dan mereka juga tidak perlu menghadapi apa-apa ujian yang memerlukan penggunaan bahan-bahan tersebut secara langsung. Mereka juga beranggapan bahawa kehadiran mereka adalah untuk anak-anak dan murid-murid mereka dan bukan untuk diri mereka sendiri sedangkan sepatutnya ialah, kehadiran mereka adalah untuk diri mereka sendiri dan seterusnya untuk anak-anak dan murid-murid mereka.

Walau apa pun tanggapan ibu bapa dan guru yang menghadiri bengkel ini, kehadiran mereka kemudiannya disedari amat membantu bukan sahaja di dalam meningkatkan prestasi anak-anak dan pelajar-pelajar mereka tetapi juga di dalam meningkatkan prestasi mereka di dalam kerjaya mereka. Telah ramai ibu bapa yang mengakui tentang hakikat ini, cuma mereka hanya menyedarinya setelah lama meninggalkan kelas-kelas atau dewan-dewan di mana bengkel intensif ini dijalankan.

Mokhtar sering juga dijemput oleh jabatan-jabatan, syarikat-syarikat, guru-guru dan kakitangan sekolah, PIBG, Kelab-Kelab Kebajikan dsb untuk mengendalikan bengkel-bengkel khusus untuk ibu bapa dan guru-guru yang bertujuan sama ada untuk memajukan diri sendiri atau untuk mengetahui tentang cara mewujudkan environment yang kondusif bagi mengoptimumkan kebolehan anak-anak dan pelajar-pelajar menerusi pengaplikasian kaedah Mokhdar, atau kedua-duanya.

Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com