five-o-eight.com
Kaedah Mokhdar : Era baru kecemerlangan pencapaian sains dan matematik

Misi kami

Resipi umum kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar untuk semua

Profil pelopor Kaedah Mokhdar

Sembang2 dengan pelopor Mokhdar

Kenapa/siapa perlukan bengkel intensif

Sasaran bengkel utk peserta 5-6 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 7-8 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 9-10 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 11-12 thn

Sasaran bengkel utk peserta 13-15 thn

Sasaran utk peserta 16 thn ke atas

Sasaran bengkel utk ibu bapa dan guru

Sasaran bengkel utk profesion tertentu

Pengumuman tempat , waktu dan bayaran

Borang utk sertai bengkel

Kisah suka duka I

Kisah suka duka II

Tempahan buku dan bahan

Jejak Mokhdar I

Kisah suka duka III

Jejak Mokdar1

Jejak Mokdar II

Menjejak Mokhdar

Sasaran bengkel utk peserta 11-12 thn

Pelajar berusia antara 11 ke 12 tahun merupakan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, peperiksaan besar pertama di alam persekolahan yang akan menentukan haluan mereka selanjutnya, sama ada akan ke MRSM, sekolah berasrama penuh atau terus tinggal di rumah dan memasuki sekolah menengah berhampiran sebagai seorang pelajar cemerlang, kurang cemerlang dsb.

Semua peserta yang menyertai Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar disasarkan supaya memiliki minda yang super-tajam supaya dapat menguruskan fakta-fakta matematik dan sains dengan jauh lebih mudah dan berkesan. Bagaimanapun bagi pelajar-pelajar dalam kategori usia 11 ke 12 tahun ini, sejajar dengan keperluan menjadikan matematik dan sains sebagai subjek yang paling senang bagi mereka di samping mempastikan yang kemahiran istimewa yang mereka miliki dapat difokuskan bagi menghasilkan kejayaan terbaik di dalam peperiksaan yang mereka bakal duduki, sampel-sampel latih tubi diperbanyakkan dengan maklumat-maklumat yang dikutip daripada buku-buku teks dan rujukan untuk UPSR (matematik, sains, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris) agar mereka dapat menghayati dengan lebih baik kaedah ini dan kepentingan kaedah ini di dalam membantu mereka menjadikan apa yang dipelajari jadi jauh lebih mudah dan berkesan.

Untuk matematik, apa yang menjadi sasaran utama kami ialah memperkasakan penguasaan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi mereka. Berbeza dengan keadaannya pada suatu masa dulu, penguasaan terhadap fakta asas seperti diambil mudah oleh banyak pihak. Ramai pelajar Tahun Enam dan Tahun Lima sekolah rendah, walaupun pelajar yang rajin dan pintar, yang penguasaan tersebut adalah ala kadar. Sekiranya pelajar menggunakan Mokhdar sejak kecil, sikap mengambil mudah di pihak sebahagian guru sekolah ini tidak perlu dirisaukan kerana penguasaan fakta asas ini boleh diperoleh tanpa drilling, malah tanpa aktiviti menghafal sifir sama sekali. Apabila pelajar melakukan latihan dan mindanya menurut mengikut sebutan Mokhdar bagi setiap patah sebutan angka, simbol, langkah kerja penyelesaian dsb yang dilaluinya, banyak daripada yang dilaluinya itu terkumpul dan melekat (stick) secara tanpa sedar di dalam memorinya sehinggakan fakta-fakta matematik seperti hasil darab, bahagi, tambah dan tolak tersemat kukuh di dalam memorinya, bukan sahaja setakat the facts as per se, tetapi juga bagaimana fakta-fakta tersebut bertindakbalas dengan fakta-fakta lain.

Pihak-pihak yang mengambil mudah tersebut sebenarnya tidak boleh dipersalahkan. Ini kerana sikap begini selari dengan apa yang menjadi kefahaman (atau kesalahfahaman) warga pendidikan matematik zaman ini, iaitu fakta-fakta matematik adalah untuk difahami dan bukan untuk dihafal. Bagi mereka, yang penting ialah pelajar memahami apa yang diajar dan bukan menghafal apa yang diajar. Kefahaman atau ‘kesalahfahaman’ ini juga adalah benar di dalam pendidikan matematik, terutamanya jika pelajar-pelajarnya terbiasa dengan amalan Mokhdar sejak kecil . Cuma apa yang diabaikan ialah, sebenarnya kita tidak perlu terlalu risau perihal pelajar tidak dapat memahami apa maksudnya 6x8=48, 8+8=16; 56-8=48 dsb. Semua ini adalah terlalu asas dan pelajar-pelajar yang tidak begitu pintar sekalipun dapat memahaminya dengan mudah.

Sepatutnya, biarlah dia menghafal atau ter’hafal’ hasil operasi 6x6=36 supaya dia lekas memahami bila diajar, 61/8 + 25/6 , bagaimana ia menghasilkan jawapan 846/48 dan seterusnya 8 23/24. Sebab itulah, menerusi pengaplikasian Mokhdar, didapati antara 20% ke 30% pelajar yang berusia tujuh malah enam tahun sekalipun dapat menyelesaikan masalah matematik sekolah menengah rendah dalam masa yang amat singkat, menjadi tugas yang lebih mudah untuk menjadikan pelajar Tahun 5 dan 6 menguasai sukatan pelajaran bagi matematik Tahun 5 dan 6.

Bagaimanapun, untuk dua hari pertama, semua peserta dari kategori ini di‘dera’ menghafal sifir, dengan menggunakan Mokhdar, sehingga jadual darab asas dikuasai ke tahap semaksimum mungkin. Pendekatan ini berbeza daripada pendekatan yang digunakan untuk pelajar-pelajar dari tahap yang lebih rendah kerana mereka diberi peluang untuk menguasai darab asas secara bersantai, malah diberi peluang untuk mengingat fakta-fakta darab tersebut secara ‘sambil lewa’.

Pada hari ketiga dan keempat, di antara pengisian penting program ialah melatih peserta-peserta mencongak pantas bagi darab dua digit didarab dengan satu digit, sambil di‘dera’ menghafal operasi asas tambah (penguasaan operasi tambah asas juga menghasilkan kesan kemahiran menguasai operasi tambah). Bertitik tolak dari sini, peserta diberi sebeberapa banyak latihan matematik UPSR untuk diselesaikan dalam masa yang sepantas mungkin.

Selain dari itu, peserta juga dilatih mengingat sebeberapa banyak fakta-fakta sains, sejarah, geografi, pengetahuan am dan sebagainya untuk digunakan bagi meningkatkan kualiti esei yang bakal ditulis oleh mereka di dalam menjawab soalan-soalan bagi kertas bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Pada tahun 2001, Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Lipis, Pahang, En.Abdul Rahman, telah menghantar dua orang anak-anak beliau mengikuti program Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar yang diadakan di sebuah tabika di bandar Kuala Lipis. Pada Jun 2004, Mokhtar berpeluang mengendalikan bengkel untuk sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Seri Tempoyang. Abdul Rahman yang telah menjadi wakil rakyat DUN Padang Tengku dan bergelar Dato’, sekali lagi menghantar anak-anak beliau, kali ini ditambah dengan anak-anak saudara beliau, bagi mengikuti program ini.

Sementara menunggu sesi bengkel dimulakan, Mokhtar terdengar perbualan di antara salah seorang daripada anak-anak Y.B.Dato’ Abdul Rahman dengan pakcik mereka yang menghantar mereka ke sekolah, "Pakcik, kaedah Mokhdar inilah yang saya gunakan sehinggakan hampir setiap kali ujian dan peperiksaan bagi kertas matematik, saya mendapat markah 100%."

Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com