five-o-eight.com
Kaedah Mokhdar : Era baru kecemerlangan pencapaian sains dan matematik

Misi kami

Resipi umum kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar untuk semua

Profil pelopor Kaedah Mokhdar

Sembang2 dengan pelopor Mokhdar

Kenapa/siapa perlukan bengkel intensif

Sasaran bengkel utk peserta 5-6 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 7-8 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 9-10 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 11-12 thn

Sasaran bengkel utk peserta 13-15 thn

Sasaran utk peserta 16 thn ke atas

Sasaran bengkel utk ibu bapa dan guru

Sasaran bengkel utk profesion tertentu

Pengumuman tempat , waktu dan bayaran

Borang utk sertai bengkel

Kisah suka duka I

Kisah suka duka II

Tempahan buku dan bahan

Jejak Mokhdar I

Kisah suka duka III

Jejak Mokdar1

Jejak Mokdar II

Menjejak Mokhdar

Sasaran bengkel utk peserta 13-15 thn

Sasaran umum dan pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan bagi peserta-peserta dalam kategori usia 11 ke 12 tahun digunakan bagi peserta-peserta dalam kategori usia 13 ke 15 tahun yang menyertai program Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar, bagaimanapun dengan menggunakan bahan-bahan pengisian yang berjumlah jauh lebih banyak dan dikutip dari buku-buku rujukan PMR dan buku-buku teks dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga, serta tambahan fakta-fakta umum yang dikira bersesuaian dengan tahap pengajian pelajar. Untuk matematik, rumus-rumus, persamaan-persamaan, hukum-hukum malah langkah kerja penyelesaian masalah diadaptasikan dengan kaedah Mokhdar supaya peserta dapat mengingat input-input tersebut dengan mudah, berkesan, menceriakan dan tahan lama di dalam kotak memori mereka.

Sebagaimana halnya dengan pelajar-pelajar dari kategori lain, penguasaan fakta asas matematik di kalangan pelajar-pelajar menengah rendah berada di tahap yang menjadikan mereka sukar mengikuti apa yang diajar dan dipelajari di dalam menyelesaikan masalah-masalah matematik. Malah bagi pelajar menengah rendah, keadaan ini diburukkan lagi dengan fakta bahawa mereka dibenarkan menggunakan kalkulator di dalam bilik darjah dan di dalam kertas-kertas tertentu, sehinggakan sekalangan daripada mereka menganggap bahawa penguasaan fakta di dalam operasi asas dan kemahiran mengira cepat adalah tidak perlu.

Menggunakan Mokhdar, pertamanya, seseorang tidak perlu belajar begitu lama untuk memperoleh kemahiran mengira cepat, malah bagi pelajar pintar dan tekun yang berusia sepuluh tahun ke atas, kemahiran ini boleh dimiliki dalam masa satu atau dua hari sahaja walaupun sebutan Mokhdar merupakana budaya yang baru bagi minda mereka. Apa lagi bagi pelajar menengah rendah, sepatutnya kemahiran mengira cepat tersebut mudah diperoleh. Malangnya, disebabkan kesalahnggapan mengatakan bahawa kira cepat adalah tidak perlu disebabkan oleh kebenaran penggunaan kalkulator, ramai pelajar dari kategori usia sebegini yang memandang remeh kepada kemahiran yang sepatutnya diperoleh mereka dengan mudah dan dalam masa yang begitu singkat ini.

Kedua, menggunakan Mokhdar, ketangkasan mengira bagi sekadar dua digit didarab dengan dua digit boleh diselesaikan dengan menggunakan minda semata-mata dalam tempoh masa yang lebih daripada sepuluh kali lebih laju daripada menggunakan kalkulator. Sungguh pun kemahiran selaju sedemikian tidak akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari menjalani bengkel ini, namun tempoh selama tujuh hari ditambah dengan satu hari bagi majlis penutup tersebut adalah mencukupi untuk menghasilkan asas yang kukuh di mana peserta yang telah tamat mengikuti program ini akan terus menggunakan sebutan yang disebatikan ke dalam minda mereka sehingga dalam masa yang terdekat, mereka akan memperoleh kemahiran mengira pantas tersebut.

Kemahiran mengira pantas tanpa perlu menekan butang-butang kalkulator ini sebenarnya amat penting di dalam meningkatkan jumlah kerja yang mampu disiapkan oleh pelajar dan di dalam mengikuti dengan tenang dan selesa setiap patah perkataan yang diucap oleh guru-guru yang mengajar mereka.

Bagi subjek-subjek lain seperti sains, geografi, sejarah, pengetahuan am, bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dsb., mengingat input-input yang kelihatan kompleks yang biasanya tidak mampu ditangani oleh pelajar, malah sebahagian daripada input-input tersebut dikutip dari buku-buku tingkatan empat dan lima (bagi menjadikan pelajar lebih bersedia dan ceria untuk memasuki era persekolahan tersebut) dijadikan sebagai sebahagian daripada tugas yang perlu dilaksanakan di dalam melatih minda peserta agar mempunyai ketajaman daya fikir dan kekuatan memori yang luarbiasa.

Ketika Mokhtar mengunjungi Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor pada awal 2005, beliau menceritakan kepada tiga orang guru-guru panitia matematik dan sains sekolah tersebut tentang seorang pelajar perempuan yang pernah mengikuti program bengkel intensif kaedah Mokhdar semasa beliau belajar di dalam tingkatan dua dahulu. Apabila disebut nama pelajar tersebut, salah seorang daripada guru tersebut mengaku kenal akan pelajar tersebut, mengaku akan kenakalannya namun tidak dapat berbuat apa-apa walaupun pelajar tersebut selalu ponteng kelas kimia beliau malah sering tidur di dalam bilik darjah. Beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana menurutnya, walaupun pelajar tersebut sering ponteng kelas dan tidur di dalam bilik darjah, dia sentiasa mendapat markah tertinggi bagi setiap ujian bagi subjek yang diajarnya iaitu kimia. Apabila Mokhtar menerangkan bagaimana semasa pelajar tersebut berada di dalam tingkatan dua dahulu, dia telah hafaz banyak fakta-fakta dari subjek kimia yang diajar di dalam tingkatan empat dan lima (ketika itu, pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan dua), dan apabila Mokhtar menyebut fakta-fakta tersebut secara yang mudah diingat iaitu di dalam kaedah Mokhdar, guru tersebut segera berkata, "Hah ... itulah bunyi ungkapan pelik yang sering saya dengar disebut olehnya secara perlahan semasa menjawab soalan kimia!"

Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com