Kementerian Pelajaran menetapkan bahawa sifir hanya mulai diajar kepada pelajar-pelajar sekolah ketika mereka berada di separuh masa kedua Tahun Satu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kesukaran pelajar menghafal sifir asas sehingga membebankan waktu belajar mereka, lantas mewujudkan satu anggapan bahawa matematik adalah subjek yang amat sukar. Untuk mengelakkan salah anggap ini, hafal darab bagi Tahun Satu, antara bulan Januari hingga Jun, adalah tidak dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.
Bagaimanapun, sekiranya Mokhdar digunakan, pelajar berusia lima ke enam tahun pun didapati mudah menguasai darab asas, tekun melakukannya, dan jika ditambah dengan latihan dan kemahiran menyelesaikan masalah tambah bagi satu digit dengan satu digit, mereka boleh mencongak bagi darab sehingga satu digit dengan dua digit!
Yang penting ialah, mereka tidak terbeban, ceria melakukannya dan cepat melihat hasilnya. Bagaimanapun, di dalam melaksanakan bengkel untuk pelajar dari tahap ini, atau yang berada dalam tahap ini, dua faktor diambil kira untuk mengekangkan minat mereka agar terus ceria untuk mengikuti bengkel ini. Faktor pertama ialah, tahap intelektual mereka berada di kedudukan yang paling asas. Misalnya, mereka hanya mampu memberi respons kepada lawak bodoh, aksi-aksi yang exagerrated dsb. Kebolehan menulis mereka adalah lambat, dengan demikian kebanyakan aktiviti bagi tahap ini melibatkan aktiviti oral, nyanyian, menghafal sambil bersantai, dan sebagainya. Aplikasi Mokhdar yang diberi kepada mereka pula adalah aplikasi yang paling mudah dan rengkas, walaupun bagi orang lain, aplikasi sedemikian adalah sudah terlalu sukar buat mereka.
Kaedah Mokhdar boleh diserapkan ke dalam aktiviti ini dengan mudah dan selesa, bagaimanapun kesediaan melayan kerenah kanak-kanak, termasuk kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan kepada apa yang diajar, adalah penting. Kanak-kanak seperti ini, dalam usia lima ke enam tahun, sekalangannya mungkin tampak seperti tidak belajar. Tetapi dengan pendedahan terhadap aktiviti guru dan pelajar-pelajar lain, pelajar-pelajar ini ter’belajar’ sama, lantaran sebutan Mokhdar yang pendek dan kecekapan menukar sebutan Mokhdar ke dalam bahasa lain (bahasa Malaysia bagi yang cekap berbahasa Malaysia dan bahasa Inggeris bagi yang cekap berbahasa Inggeris) adalah amat mudah dimiliki.
Semasa menjalankan bengkel intensif kaedah Mokhdar anjuran Kelab Kebajikan, Majlis Perbandaran Kuantan, pada tahun 2001, kami menemui seorang kanak-kanak, anak seorang jurutera, yang mampu mencongak pantas bagi darab dua digit dengan satu digit, dengan menggunakan kekuatan memori dan kecekapan mengakses maklumat yang dimiliki menerusi otaknya (processornya) yang berkualiti tinggi dan kaedah Mokhdar (softwarenya) yang mudah diuruskan di dalam mindanya. Pada tahun 2004, rumah saya di Rawang menerima kehadiran tamu dari Terengganu, yang membawa sembilan orang peserta untuk dilatih di dalam program saya kerana hairan melihat seorang anak mereka yang mengikuti Bengkel Intensif di Sekolah Rendah Islam Pintar, Paka, memiliki kemahiran mencongak bagi darab dua digit dengan satu digit walaupun semasa mengikuti bengkel, dia tidak pernah diajar mencongak dan ibu bapa serta gurunya juga tidak pernah mengajarnya mencongak darab.
Pada tahun 2005, saya berpeluang membawa Aishah, anak seorang guru matematik tambahan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Tapah, Perak, ke slot Malaysia Hari Ini, TV3, saya berpeluang pula membawa Asiah, yang belum pun mencapai usia enam tahun, yang, ketika saya berbual bersama Abby dan Ally Iskandar, mampu menulis sifat-sifat fizik gas-gas adi (Kala 18 Jadual Berkala dalam subjek kimia tingkatan 4 & 5), iaitu nombor proton, bilangan jizim atom relatif, konfigurasi elektron, tahap lebur, tahap didih, panjang diameter dan ketumpatan atom-atom di sepanjang masa kami berbual.

Mokhtar sering membawa peserta-peserta terbaik yang dilatih olehnya ke TV, radio, konvensyen dll. Gambar di bawah, dari kiri, Nurul Hidayah (anak Mokhtar), Aishah (peserta kecil berusia lima tahun, anak seorang guru matematik tambahan di sebuah SMK di Tapah), Mokhtar, Elly Iskandar dan Abby di dalam slot Malaysia Hari Ini (siaran langsung) terbitan TV3.
Bagaimanapun kemahiran yang biasa diperoleh oleh majoriti peserta lima ke enam tahun ialah penguasaan darab asas - namun kemahiran ini jangan dipandang ringan sama sekali, kerana ia menghasilkan kesan berikut: Mokhdar telah bersarang menjadi bahasa mindanya, oleh itu dia terpaksa mengakses maklumat yang disimpan dalam bentuk Mokhdar untuk menjawab soalan mengenai operasi asas matematik yang ditanya kepadanya atau perlu diselesaikan olehnya. Setelah Mokhdar menjadi bahasa mindanya, dengan latihan berterusan sama ada oleh ahli keluarganya, gurunya atau dengan mengikuti program lanjutan Kaedah Mokhdar, dia mendapati bahawa mengingat dan memproses input-input sains dan matematik adalah jauh lebih mudah daripada apa yang dapat dilakukan oleh pelajar lain.
Inilah peluang terbaik untuk meletakkan asas yang kukuh bagi menjadikan anak-anak anda sebagai genius.
Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com