Tahap keupayaan minda peserta berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, dari aspek menganalisa dan memproses maklumat, telah banyak berkembang dibanding dengan peserta berusia tujuh ke lapan tahun. Sasaran bengkel intensif untuk mereka adalah sama dengan kumpulan-kumpulan sasaran lain, iaitu menghasilkan minda yang mempunyai daya memori spontan yang super-powerful dan serentak dengan itu juga menghasilkan akses dan pemprosesan maklumat yang super-pantas di dalam minda peserta bagi menghasilkan keceriaan belajar dan kecekapan minda yang semaksimum mungkin.
Dibanding dengan pelajar dari tahap yang lebih rendah, keupayaan pelajar di dalam menyimpan dan memproses maklumat adalah umumnya jauh lebih tinggi daripada pelajar dari tahap-tahap lebih rendah, dan dengan daya kreativiti yang semakin terserlah, keupayaan tersebut dilipatgandakan lagi. Keupayaan menulis dengan lebih pantas dan daya tumpuan yang semakin tinggi serta kurangnya pergantungan kepada pemerhatian berpanjangan oleh guru menjadikan lebih banyak latihan bertulis dapat diberi kepada mereka. Pelajar di tahap ini yang memiliki ciri-ciri seperti dinyatakan di atas akan pulang ke sekolah dan menunjukkan perubahan yang mendadak selepas mengikuti program ini.
Bahan-bahan yang dijadikan pengisian untuk mereka masih bertunjangkan kepada penguasaan fakta asas matematik sebagai aktiviti utama, tetapi sejajar dengan kemampuan belajar yang mereka miliki, lebih banyak fakta sains sama ada sains angkasa, biologi, fizik, kimia, sejarah, geografi, pengetahuan agama dsb diberi kepada mereka sebagai bahan latihan untuk membina minda yang diperkasakan kecekapannya di dalam menguruskan fakta-fakta matematik dan sains. Fakta-fakta yang dipilih adalah fakta-fakta yang mudah difahami dan disukai oleh mereka walaupun fakta-fakta ini sebelumnya adalah amat rumit untuk diingat walaupun oleh pelajar universiti.
Mengetahui dan mengingati fakta-fakta ini dengan tepat dan jelas serta pengekalannya di dalam kotak memori untuk jangka waktu yang amat lama malah berkekalan menjadikan mereka mempunyai banyak bahan menjadikan mereka lebih bersedia dan yakin untuk menulis esei yang bernas dan padat dengan isi apabila mereka menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan seterusnya. Keistimewaan ini juga menjadikan mereka lebih bersedia untuk berinteraksi dengan secara lebih aktif di dalam kelas di dalam subjek apa sekalipun, sekali gus menghasilkan minat untuk terus mengumpul sebeberapa banyak koleksi memori di dalam minda mereka dan ini bukan sahaja akan membantu meningkatkan prestasi di dalam pelajaran tetapi juga akan meningkatkan sahsiah dan ketrampilan mereka.
Mereka juga diberi latihan secara intensif, sama ada oral atau bertulis, untuk mencongak cepat bagi sekurang-kurangnya darab dua digit dengan satu digit. Seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun dari Kajang, Selangor, anak seorang jurutera Mardi yang pernah menghasilkan inovasi mesin pencucuk sate (inovasi beliau diberi liputan di akhbar-akhbar), telah menyertai bengkel intensif kaedah Mokhdar di Rawang pada November 2003. Di hari pertama menyertai bengkel, penguasaan darabnya amat lemah sehingga bila ditanya hasil darab bagi angka rendah, misalnya 4x4 pun, dia tidak mampu menjawabnya. Tetapi di hari keempat dia mengejutkan ramai peserta yang lebih dewasa apabila dia berjaya melakukan congakan yang amat pantas bagi dua digit didarab dengan satu digit dan kemudiannya dua digit didarab dengan dua digit, sehingga menewaskan semua pelajar-pelajar lain termasuk pelajar-pelajar dari sekoleh menengah. Dia kemudiannya diisytiharkan sebagai pelajar terbaik program.
Seorang pelajar hyperaktif yang bersekolah di SR Al-Amin, Gombak, berusia sembilan tahun, telah mengejutkan emaknya apabila membawa pulang keputusan menghampiri 100% selepas menghadiri bengkel intensif Kaedah Mokhdar walaupun sebelumnya dia tidak pernah mendapat keputusan lebih tinggi daripada 14% disebabkan oleh kelemahan daya tumpuannya. Mokhtar bersama pembantu-pembantunya akhirnya dijemput mengendalikan bengkel intensif di Ibu Pejabat Pendaftar Syarikat di Yaohan untuk anak-anak pegawai dan kakitangan ibu pejabar tersebut serta diberi bayaran yang lumayan.
Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com