five-o-eight.com
Kaedah Mokhdar : Era baru kecemerlangan pencapaian sains dan matematik

Misi kami

Resipi umum kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar untuk semua

Profil pelopor Kaedah Mokhdar

Sembang2 dengan pelopor Mokhdar

Kenapa/siapa perlukan bengkel intensif

Sasaran bengkel utk peserta 5-6 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 7-8 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 9-10 tahun

Sasaran bengkel utk peserta 11-12 thn

Sasaran bengkel utk peserta 13-15 thn

Sasaran utk peserta 16 thn ke atas

Sasaran bengkel utk ibu bapa dan guru

Sasaran bengkel utk profesion tertentu

Pengumuman tempat , waktu dan bayaran

Borang utk sertai bengkel

Kisah suka duka I

Kisah suka duka II

Tempahan buku dan bahan

Jejak Mokhdar I

Kisah suka duka III

Jejak Mokdar1

Jejak Mokdar II

Menjejak Mokhdar

Sasaran utk peserta 16 thn ke atas

Cikgu Yahya Wahi, pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) di dalam bidang Fizik, UTM Skudai. Mengajar Matematik Tambahan dan Fizik di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor sebaik tamat pengajian sejak 2002. Pada tahun yang sama, di hadapan pengetua SMS Ulu Selangor, En. Abu Bakar (kini Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kerai), Yahya berkata, ‘jika tidak kerana mengamalkan kaedah Mokhdar, beliau tidak akan mendapat ijazah kepujian kelas pertama di dalam bidang Fizik’.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar di dalam tingkatan empat, lima, pra-universiti dan universiti menggeruni dan membosani matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, kejuruteraan, geografi dsb adalah faktor bahawa pelajar-pelajar menggeruni tetapi membosani angka dan simbol. Perasaan gerun atau bosan terhadap angka dan simbol ini sudah tentulah sedikit sebanyaknya memberi sumbangan di dalam menimbulkan kesan negatif terhadap prestasi pelajar sehingga mengurangkan pencapaian mereka di dalam subjek-subjek berkenaan. Di samping itu, kegerunan dan kebosanan terhadap angka dan simbol juga merencatkan pencapaian pelajar di dalam subjek-subjek seperti sejarah, pengetahuan agama Islam malah subjek-subjek bahasa dan sastera kerana kesukaran mengingat statistik, tarikh-tarikh penting mengenai sesuatu peristiwa atau seseorang tokoh menyebabkan jawapan yang diberi kurang lengkap.

Jika pelajar memberi tarikh atau statistik yang lengkap di dalam kertas jawapan mereka yang menimbulkan rasa kagum pemeriksa kertas, di sebalik kemampuan tersebut, bayangkan tentang masa dan tenaga yang begitu banyak yang dihabiskan untuk mengingat statistik dan tarikh-tarikh berkenaan sehinggakan ia mungkin telah merencatkan persiapan mereka untuk menguruskan subjek-subjek lain.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan empat ke atas, sekiranya mereka sememangnya pelajar yang telah cekap dengan subjek-subjek berunsurkan matematik sebagaimana di senaraikan di atas, peranan kaedah Mokhdar untuk mereka adalah lebih cepat menampakkan hasilnya. Peranan kaedah Mokhdar bagi mereka yang sedemikian ialah menghasilkan koleksi memori yang ‘spontan’ tetapi berkekalan lama terhadap segala input yang dilalui di dalam mempelajari dan menyelesaikan masalah yang dipelajari. Malah segala butiran yang diperoleh menerusi sentuhan butang kalkulator dan segala jawapan yang tertera di skrin juga menjadi koleksi memori yang membantu menjadikan apa yang dipelajari sama ada pada masa lalu, masa yang sedang berlalu dan masa yang akan berlalu lebih jelas dan lebih mudah dihayati, di samping menghasilkan kelajuan di dalam pemikiran yang menghasilkan keceriaan untuk merintis laluan berikutnya.

Cikgu Yahya Wahi telah mengajar matematik, matematik tambahan dan fizik di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor sejak sekolah tersebut dibuka pada 2002. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di dalam bidang Fizik daripada Universiti Teknologi Malaysia di kampus skudai. Sewaktu menjamu selera bersama Pengetua, Penolong Kanan dan Cikgu Yahya Wahi di kantin sekolah tersebut sebaik Mokhtar selesai memberi ceramahnya mengenai kaedah Mokhdar, tak semena-mena Cikgu Yahya Wahi membuat pengakuan sebagaimana berikut:

"Jika tidak kerana menggunakan kaedah Mokhdar, saya tidak akan mendapat ijazah kepujian kelas pertama di dalam bidang Fizik!".

Pernyataan Cikgu Yahya Wahi sebenarnya tidak pernah diduga oleh Mokhtar sendiri kerana itulah kali pertama Mokhtar berbual dengan guru tersebut. Cikgu Yahya menerangkan selanjutnya yang beliau menemui buku yang ditulis oleh Mokhtar pada tahun 1992 dahulu, dibawa balik oleh sepupunya. Dia tertarik dengan kandungan buku tersebut lalu cuba melaksanakan apa yang disarankan di dalamnya, sehinggakan dia sendiri memiliki kemahiran mengira dan mengingat pantas dan spontan sebagaimana yang umumnya dimiliki oleh orang-orang yang mengamalkan Mokhdar. Namun ketika ditanya oleh Pengetua sama ada dia mengajar pelajar-pelajarnya menggunakan kaedah yang sama, jawapannya adalah negatif dengan alasan dia khuatir yang pengetua tidak akan bersetuju dengannya jika dia berbuat demikian.

"Benda yang elok, kenapa saya harus tidak bersetuju?" demikian komen Pengetua, En.Abu Bakar (setahun kemudian En.Abu Bakar bertukar ke Kuala Krai, Kelantan kerana menjawat jawatan PPD di sana.) Komen Mokhtar: sebenarnya bukan faktor takut tidak dipersetujui Pengetua yang menyebabkan Cikgu Yahya tidak mengajar pelajar-pelajarnya menggunakan kaedah ini. Sebenarnya kaedah ini memerlukan penghayatan maka barulah dapat dilihat sumbangannya. Sekiranya Cikgu Yahya cuba mengajar kaedah ini kepada pelajar-pelajarnya, dengan waktu mengajar yang terbatas, tanpa penghayatan, pelajar-pelajar akan melihat langkah mempelajari kaedah ini adalah suatu pembuangan masa. Ini berbeza dengan pelajar-pelajar yang menghayati kaedah ini, samada dengan membaca dan melakukan latih tubi sebanyak mungkin sebagaimana yang disarankan di dalam buku-buku mengenai kaedah ini, atau, lebih afdal lagi, dengan menghadiri bengkel intensif kaedah Mokhdar bagi tujuan menghasilkan penghayatan terhadap kaedah Mokhdar, tugas Cikgu Yahya akan jadi lebih mudah kerana dia hanya perlu terus mengajar seperti biasa sama ada menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris, namun penghayatan pelajar terhadap apa yang diajarnya adalah jauh lebih sempurna berdasarkan kepada penerangan yang diberi di atas.

Bagi pelajar-pelajar yang lemah di dalam subjek matematik dan seterusnya lemah pula di dalam subjek-subjek matematik tambahan, peranan kaedah Mokhdar adalah dengan menjadikan fakta-fakta matematik mudah diingati, daripada fakta yang paling mudah dan dipandang remeh seperti jadual operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi, hinggalah fakta-fakta lain yang memerlukan daya kefahaman yang lebih tinggi bagi mengaplikasikannya misalnya rumus, persamaan, prinsip dan hukum matematik, langkah kerja penyelesaian masalah dan sebagainya.

Bagi pelajar tingkatan yang terlalu lemah di dalam matematik pula, menghafal dan memahami jadual operasi asas (tambah, tolak, darab dan bahagi) serta menguasainya sebaik mungkin adalah langkah pertama yang akan membawa perubahan terhadap persepsi dan prestasinya di dalam subjek tersebut. Menerusi Mokhdar, langkah-langkah pertama untuk berubah ini adalah mudah dilaksanakan kerana ia tidak membebankan minda mereka sama sekali.

Ustazah Ramlah merupakan salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Keledek, Kuala Lipis, Pahang. Semasa memperkenalkan Mokhtar kepada ibu bapa, pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut dalam suatu program pada 2004, beliau membuat pengakuan tentang diri beliau sendiri yang merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah. Sejak memasuki tingkatan empat dan lima Maktab tersebut, beliau tidak pernah mendapat lebih daripada 15% bagi setiap ujian bagi kertas matematik beliau.

Bagaimanapun pada bulan Februari 1992, beliau berkesempatan menghadiri ceramah mengenai kaedah Mokhdar oleh Mokhtar di dewan Maktab tersebut. Menurut beliau, hasil daripada semangat yang dibakar disusulkan dengan percubaan memahami dan menghayati kaedah Mokhdar sebagaimana yang disarankan oleh Mokhtar (antaranya dengan memulakan langkah pertama iaitu menghafal jadual operasi asas walaupun penggunaan kalkulator adalah dibenarkan di sekolah), beliau mulai mendapat markah lulus untuk ujian-ujian matematiknya dan akhirnya beliau berjaya lulus dengan kepujian di dalam kertas matematik di dalam peperiksaan SPM yang diduduki olehnya.

Bagi pelajar-pelajar berusia 16 tahun dan ke atas, sama ada pelajar pintar di dalam subjek-subjek matematik dan sains atau pelajar yang kurang pintar di dalam subjek-subjek tersebut, memaksa peserta menghafal fakta-fakta asas matematik adalah sesuatu yang amat membosankan bagi mereka serta mencabar keintelektualan mereka walaupun menerusi Mokhdar, tugas ini adalah jauh lebih mudah dilakukan.

Oleh itu, bengkel intensif untuk pelajar-pelajar di dalam golongan ini dipenuhi dengan latihan penghayatan fakta-fakta matematik dan sains, yang mudah difahami tetapi diappreciate oleh mereka. Antara input-input yang dijadikan sebagai bahan pengisian aktiviti peserta untuk melatih mereka memiliki minda yang tajam angka dan simbol bagi menghasilkan kemudahan dan keceriaan belajar semua subjek matematik, sains dll ialah petikan daripada buku-buku sains, kimia, biologi, fizik, matematik, matematik tambahan, sejarah, pengetahuan kenegaraan, pengetahuan am dsb. Sebagai contoh, jadual berkala berserta dengan sifat-sifat fizik unsur (nombor proton, atomic weight, tahap didih, tahap lebur, ketumpatan, konfigurasi elektron, panjang diameter dsb) merupakan antara fakta-fakta yang lebih mudah difahami tetapi lebih mencabar untuk diingat oleh peserta. Dengan berlatih mengingat fakta-fakta tersebut, peserta sebenarnya melatih minda mereka untuk mengingat mudah dan spontan serta berkekalan lama akan fakta-fakta dan langkah kerja penyelesaian masalah di dalam bukan sahaja subjek-subjek matematik dan sains tetapi juga bagi subjek-subjek lain yang kurang mempunyai unsur-unsur matematik di dalamnya seperti sejarah, pengajian bahasa dan sastera, pengajian agama dan sebagainya.

Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com