
Nur Iman, dua setengah tahun, dan kakaknya, Nurul Syafiqah, lima tahun. Kepetahan Nur Iman menjawab soalan bagi operasi asas darab dua ke sembilan mengkagumkan ribuan audien. Bayangkan pencapaian matematik dan sains anak bangsa tak lama lagi: ketika masih berlampin, tanpa didera menghafal sifir dsb., anak-anak telah hafaz darab asas! Pastikan anda jadi sebahagian daripada perintis era ini!.
Temui Nurul Syafiqah dan ayah mereka, Mokhtar Hj Mansor, pelopor kaedah Mokhdar.
Jika kebanyakan daripada fakta-fakta seperti berikut boleh diingat oleh adik-adik kecil (yang telah mengikuti bengkel intensif kaedah Mokhdar) berusia bawah daripada sembilan tahun dengan mudah dan tanpa perlu beban menghafal, tugas sedemikian tentulah jauh lebih mudah dapat dilakukan oleh abang-abang di tingkatan empat dan lima dan jumlah fakta yang mampu disimpan tentulah berpuluh kali ganda lebih banyak dan lebih pantas diingat daripada apa yang mampu dilakukan oleh adik-adik cil.


Kami dapati bahawa tak kurang daripada 20% daripada pelajar berusia tujuh tahun yang dimantapkan minda mereka dengan kaedah Mokhdar dan penguasaan darab asas sifar hingga sembilan dalam bengkel intensif selama lapan hari, hanya beberapa hari selepas itu bukan sahaja mampu mencongak sehingga dua digit didarab dengan satu digit tetapi mudah pula memahami dan menyelesaikan masalah 'mudah' sebagaimana berikut yang biasanya diajar di sekolah menengah rendah.
l
*****************************************************************
Pada awal 1986, Mokhtar menemui suatu fakta yang disedarinya pasti akan sukar diterima oleh bangsanya sendiri : sebutan angka yang panjang menyebabkan penggunaan masa yang lebih lama untuk membilang, belajar dan mengajar membilang, mengira, belajar dan mengajar mengira, menganalisa fakta-fakta bersifat matematik, belajar dan mengajar menganalisa fakta-fakta bersifat matematik, mengingat fakta, langkah kerja dan proses penyelesaian masalah bersifat matematik (lalu jadual operasi asas, rumus, teorem, hukum, tarikh sejarah, statistik, ketinggian gunung, maklumat yang diekstrak dari skrin kalkulator atau komputer, nombor telefon, nombor fail, nombor pendaftaran, kod akses, computer configurations, jumlah cek yang ditandatangani atau jumlah wang yang dibelanjakan, dan sebagainya, dibanding dengan orang yang membilang menggunakan bahasa minda, bahasa pertuturan atau bahasa penulisan yang lebih pendek sebutan angkanya. Sebagai contoh, seorang adik kecil berusia lingkungan dua tahun lebih mudah dan lebih ceria menyebut dan mengingat twelve twelve one four four (12x12=144) daripada menyebut dan mengingat dua belas dua belas satu empat empat.
Lanjutan daripada penemuan tersebut membawa kepada penemuan seterusnya : sebutan perkataan yang panjang menyebabkan penggunaan masa yang lebih lama untuk berfikir, berkomunikasi, bercakap, belajar bercakap, mengingat perkataan, mengakses perkataan yang tersimpan di dalam minda, membaca, bercakap di telefon, bercakap di dalam mesyuarat, berceramah, berbahas, menulis, memberi dan menerima arahan, berlakon, bermimpi, berbual kosong, dibanding dengan aktiviti sedemikian yang dilakukan di dalam bahasa-bahasa yang lebih pendek sebutan perkataannya. Sebagai contoh, lebih mudah dan lebih menjimatkan masa dan bil telefon (dan bil-bil lain) bagi mengungkapkan wa ai ni di dalam bahasa Mandarin yang memerlukan tiga suku kata berbanding ungkapan kusayang padamu yang memerlukan enam suku kata atau aku sayang kepada kamu yang memerlukan sembilan suku kata.
Sejak itu Mokhtar memulakan misi untuk memberitahu setiap orang daripada anak bangsanya, bahawa kita perlu mereformasikan bahasa kita agar perkataannya jadi semakin pendek dan bukannya semakin panjang, demi kemajuan bangsa dan negara yang tercinta, malah demi kemajuan bahasa kita yang tercinta. Ini kerana sebutan perkataan yang panjang menyukarkan ungkapan dan akhirnya penuturnya memilih jalan terbaik untuk dilakukan iaitu dengan menyingkatkan perkataan atau mencampur adukkan dengan ungkapan perkataan dari bahasa lain yang lebih mudah diungkapkan. Lahirlah sindrom ‘orang Melayu yang amat cintakan bahasanya enggan menggunakan bahasanya yang sempurna kerana takut ditertawakan di pasar’. Di antara usaha Mokhtar di dalam menyebarkan hasil penemuan dan pemikirannya ialah menulis surat bertubi-tubi kepada Perdana Menteri pada masa itu (Y.A.B. Dato’ Seri Dr.Mahathir bin Mohammad), dengan surat terpanjang setebal 200 muka surat (dikirim pada 1990) dan dengan salinan kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin dan inteleks, mencadangkan supaya matematik diajar di dalam bahasa Inggeris bagi meningkatkan tahap kecekapan pelajar menangani masalah matematik. Surat tersebut kemudiannya diubahsuai dan diterbitkan sebagai sebuah buku, bertajuk ‘Bahasa dan Tamadun Bangsa’, dan diterbitkan sekali lagi enam bulan kemudiannya dengan lebih ‘kemas’ di bawah tajuk ‘Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi’. Utusan Malaysia menganggap buku ini sebagai ‘buku yang wajib dibaca oleh setiap rakyat yang mahu berjaya, terutamanya orang Melayu’ (Utusan Malaysia, 17hb Feb 1992 - preview oleh Zainab Mohd.Ali).
Setelah mendapati percubaannya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pemikiran matematik anak-anaknya menghadapi kegagalan, Mokhtar menemui formula yang lebih baik yang bukan sahaja akan melonjakkan pencapaian anak bangsanya tetapi juga populariti bahasanya : kaedah Mokhdar. Kaedah Mokhdar, yang merupakan kod sebutan angka, simbol, ayat dan ungkapan matematik yang paling padat di dunia, yang disintesiskan daripada bahasa Melayu, jika dibudayakan sebagai bahasa minda akan menghasilkan minda yang berpuluh malah beratus kali lebih cekap di dalam menguruskan fakta-fakta matematik atau bersifat matematik dan ini seterusnya membuka ruang yang lebih baik bagi pengurusan fakta-fakta sains (semua bidang sains termasuk sains linguistik dsb).
Mokhtar akhirnya meletak jawatan sebagai First Legal Officer of the then Supreme Court of Malaysia untuk melaksanakan misinya menyebarkan hasil pemikiran dan penyelidikannya yang dianggapnya sebagai perjuangan untuk menyelamatkan bangsa dan negara yang tercinta.
Hubungi kami O3-60935815; 019-2605162; 017-3973928 atau e-mail mokhtar@five-o-eight.com